CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday, 16 December 2011

15 Ciri Wanita Syurga :)

_ Assalamualaikum peeps !

ehee . arine biar sy k0ngsi pulak ilmu yg sya ada kpd para muslimah yg berada di luar sana . artikel ne menarik sbnarnya . sy excited maw p0st ne entry . haha . harap2 lps baca entry nie kita sama2 berubah ke arah yang lebih baik yaaa !

15 CIRI WANITA SYURGA :)

1 . Bertaqwa kepada Allah :)

2. Beriman kepada Allah , Malaikat2-Nya , Kitab2-Nya , Rasul2-Nya , hari Kiamat dan takdir2 mahupun yang baik atau buruk .

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah , bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya , mendirikan solat , menunaikan zakat , berpuasa bulan Ramadan , dan menunaikan haji bagi yang mampu .

4.  Ihsan , iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah , jika dia tidak dapat melihat Allah , dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya .

5.  Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah , tawakal kepada Allah , mencintai Allah dan Rasul-Nya , takut terhadap azab Allah , mengharap rahmat Allah , bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya .

6.  Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya , berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah .

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat .

8.  Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga , anak yatim , fakir miskin , dan seluruh makhluk , serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki .

9.  Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya , memberi kepada orang , menahan pemberian kepada dirinya , dan memaafkan orang yang menzaliminya .

10.  Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.

11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta , saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah) .

12.  Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya .

13. Taat kepada suaminya .

14. Berbakti kepada kedua org tuanya .

15. Menyambung silaturrahim dengan keluarnya , sahabat terdekat dan jauh .

~ Demikianlah 15 CIRI WANITA SYURGA yang sama2 akan kita kejar demi mendapatkan keredhaan Allah . insyaAllah :)


Enjoy for this sharing entry ! :) 
Wassalam . Kbai .

No comments:

Post a Comment